Perkara utama yang menjadi keutamaan bagi seorang Muslim apabila melancong ialah lokasi kemudahan ruang atau tempat solat.

Jika anda bakal bercuti di Jepun terutama di Osaka atau Kyoto tidak lama lagi, usah risau kerana kami akan berkongsi info mengenai tempat solat yang ada di sekitar kedua-dua kawasan tersebut yang dekat dengan tempat tumpuan pelancong:

1. Osaka Station City

Di Osaka Station City, terdapat pelbagai tempat untuk anda membeli-belah, makan, hiburan dan seterusnya menjadikan ia sebagai lokasi yang sesuai mempunyai ruang solat khas untuk pelancong beragama Islam.

Untuk menggunakan tempat solat, anda harus ke Osaka Station City Information Centre di tingkat tiga untuk mengisi borang dan diberi masa 20 minit untuk menggunakan kemudahan tempat solat tersebut. Jika pertama kali ke sana, anda akan diiringi oleh seorang pekerja untuk menunjukkan tempat solat berkenaan.

2. Shinsaibashi Suji

Jika anda berjalan-jalan di sekitar kawasan Namba, anda pasti tidak akan melepaskan peluang ke Shinsaibashi Suji dan Ebisubashi Suji untuk membeli-belah.

Jika anda takut terlewat untuk menunaikan solat, usah risau kerana terdapat tempat solat yang disediakan oleh Pusat Maklumat Pelancong Kansai. Kemas dan selesa!

3. Kyoto Tower

Tempat solat turut disediakan di menara Kyoto, baru-baru ini. Anda hanya perlu ke
Pusat Maklumat Pelancongan Kansai di tingkat tiga.

Ia merupakan lokasi strategik untuk orang ramai menggunakan ruang solat tersebut kerana menara Kyoto berdekatan dengan stesen Kyoto dan Shijo Street.

Sumber: Have Halal Will Travel