Destinasi pelancongan yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia, Hatyai, bukanlah asing lagi malah ramai yang suka berkunjung ke sana setiap tahun untuk membeli-belah dan mencuba makanan tempatan Thailand.

Jika anda belum pernah berkunjung ke Hatyai dan mahu mencari lokasi makanan halal sebelum ke sana, kami sediakan beberapa tempat makanan halal di bawah ini sebagai panduan:

1. Asean Night Bazaar

Sebelum ini, bazaar ini dikenali sebagai Pasar Minggu Hatyai dan kemudiannya ditukar ke Bazaar Malam ASEAN. Di sini, anda boleh makan dan membeli-belah dalam masa yang sama kerana terdapat kedai-kedai menjual pakaian dengan harga murah.

Jika mahu makan, anda boleh ke tingkat 1 untuk menikmati makanan halal dan bazaar ini dibuka setiap hari bermula 4 petang sehingga 10.30 malam.

Alamat: Chotevittayakul 5, Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand.

2. Pasar Terapung Khlong Hae

Selain Bangkok, di Hatyai juga terdapat pasar terapung dikenali sebagai Khlong Hae Floating Market. Ia terletak 20 minit dari pusat bandar Hatyai. Difahamkan, pasar terapung ini lebih banyak makanan halal berbanding di Bangkok.

Alamat: Khlong Hae Khutao Road, Khlong Hae, Hatyai, Thailand.

3. Dimsum Chabura Hatyai

Jika anda tidak tahu, di Hatyai juga terdapat restoran dimsum yang enak dan halal. Bukan itu saja, harganya juga amat murah serta berbaloi iaitu berharga 15 Baht (kecil) dan 20 Baht (besar). Pekerja di sini juga fasih berbahasa Melayu, jadi mudah untuk anda order makanan.

Alamat: T.khlong Hae A. Hatyai, Songkhla 90110, Thailand.

Sumber: Oh Bulan