Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, memberitahu bahawa tiga syarikat penerbangan tempatan menambah sebanyak 376 penerbangan lewat malam pada harga rendah dalam tempoh 30 Januari sehingga 12 Februari sempena perayaan Tahun Baru Cina minggu depan.

bernama.com

Menurutnya, syarikat penerbangan yang terlibat adalah Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo Air. Mereka menambah sejumlah 64,382 tempat duduk membabitkan 14 laluan khusus bagi memenuhi permintaan destinasi popular seperti Pulau Pinang, Kuching, Kota Kinabalu, Sibu dan Miri.

flightsnation.com

“Tahun lepas, kerajaan telah meminta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) melakukan kajian terhadap tambang penerbangan yang mahal (dikenakan oleh syarikat penerbangan) ketika tempoh puncak perjalanan di negara ini dan mencari pilihan bagi tawaran harga berpatutan,” katanya.

“Bagi laluan AirAsia Kuala Lumpur-Sibu misalnya, tambang tahun lepas kira-kira RM1,000 tetapi tahun ini, kerajaan telah bersetuju dengan tambang rendah RM149 untuk semua tempat duduk,” jelasnya yang berkata ia merupakan inisiatif mereka bagi meringankan kos sara hidup.

Sumber: Astro Awani