Selalunya jika mahu makan sesuatu yang panas, kita akan meniup sedikit untuk mempercepatkan proses sejuk supaya mudah untuk dimakan.

Namun, terdapat banyak keburukan mengenai tabiat ini dan anda pasti akan berhenti meniup makanan selepas membaca tiga sebab di bawah ini:

1. Bakteria terkumpul dalam makanan

lifestyle.thecable.ng

Untuk pengetahuan anda, meniup makanan atau minuman sebenarnya tidak elok untuk kesihatan kerana ia akan mengumpulkan banyak bakteria terhadap makanan yang ditiup itu.

Bakteria yang ada di dalam mulut akan berpindah ke makanan dan bakteria di udara juga berpotensi untuk melekat ke atas makanan kita. Anda boleh terdedah kepada virus influenza yang sememangnya mudah tersebar melalui udara.

2. Masalah kesihatan

foxnews.com

Karbondioksida yang keluar dari mulut anda ketika meniup makanan akan menjadi carbonic acid seterusnya membuatkan tahap pH dalam darah anda tak seimbang. Pelbagai penyakit juga boleh muncul berpunca daripada tabiat suka meniup makanan ini.

3. Tak sopan

KSL.com

Bagi kita, meniup makanan dilihat sebagai tidak sopan dan melanggar etika makan terutama di negara Amerika Syarikat (AS). Mereka akan membiarkan makanan atau minuman panas sejuk terlebih dahulu sebelum makan atau minum.

Sumber: IDN TIMES