Pulau Jeju sudah lama terkenal sejak dulu hingga sekarang kerana kecantikan semulajadi dan banyak penggambaran dilakukan di pulau itu hingga membuatkan orang luar mahu melancong ke sana.

Disebabkan itu, pulau Jeju menjadi salah satu destinasi pelancongan popular di Korea Selatan dan menerima ramai pelancong saban tahun.

Pulau Jeju khabarnya lebih menarik pada hujung tahun berbanding waktu lain. Apa yang menariknya? Berikut merupakan tiga sebab anda harus bercuti ke sana pada hujung tahun:

1. Aktiviti luar yang menarik

Jeju Tourism Organisation

Walaupun hujung tahun sinonim dengan musim sejuk dan salji, namun terdapat beberapa aktiviti luar yang menarik untuk anda lakukan seperti mendaki gunung yang dilitupi salji (Hike up snow-capped Hallasan), menunggang kuda merentasi jalan dipenuhi salji serta berkhemah.

2. Lebih tenang

IG @chan.bang

Sebenarnya, pengunjung sekitar November hingga Mac iaitu dalam musim salji agak kurang berbanding bulan-bulan lain jadi anda boleh bercuti dengan lebih tenang. Siapa suka musim sejuk mesti suka datang sini!

Malah, harga tiket kapal terbang juga lebih murah berbanding musim panas yang paling ramai menerima pengunjung.

3. Waktu terbaik petik buah tangerin

IG @jiihyonni

Buah tangerin sememangnya popular di pulau itu kerana keenakan dan kemanisannya yang memikat hati. Buah itu mempunyai dua jenis iaitu Gamgyul dan Hallabong. Kedua-dua jenis buah tersebut sangat popular pada musim sejuk kerana manis dan juicy. Yummy!

Sumber: Cari