Australia merupakan negara yang menerima kunjungan pelancong yang ramai saban tahun kerana ia mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati.

Salah satu bandar yang menarik untuk dikunjungi ialah Melbourne. Pelancong Muslim tidak perlu pening kepala untuk memikirkan adakah bandar tersebut mempunyai restoran halal atau tidak. Berikut kami senaraikan beberapa restoran halal yang terdapat di Melbourne:

1. CBD Kebabs

Turun di Flinders Street / Spencer Street dan luangkan masa anda 2 minit berjalan kaki ke CBD Kebabs untuk salah satu makanan ringan Halal terbaik di Melbourne.

Alamat: 2/546 Flinders St, Melbourne VIC 3000, Australia.

2. Papparich

Kalau anda rasa rindu dengan makanan halal Malaysia seperti nasi lemak, satay dan roti canai dan segelas teh tarik, datang terus ke PappaRich, yang terletak di QV Square, 15 minit berjalan kaki dari Victoria Market.

Alamat: QV Building, Level 2, Shop 11, 11 Little Lonsdale Street, Melbourne VIC 3000.

3. Nelayan

Restoran ini menyajikan hidangan tradisional Indonesia halal seperti rendang daging lembu dan bakso. Jika anda sedang mencari makanan yang murah dan enak, Nelayan adalah tempat yang sesuai untuk anda.

Alamat: 265 Swanston Street, CBD, Melbourne, VIC.

Sumber: Yoy Network