Bagi peminat alam semulajadi, kita mudah tertarik dengan pulau-pulau yang mempunyai laut jernih, pasir putih dan bersih serta dasar laut yang dipenuhi dengan pelbagai spesies ikan.

Mungkin anda sedang mencari pulau manakah yang mempunyai cuaca baik ketika ini, jadi kami kongsikan tiga pulau tercantik di Asia Tenggar untuk anda pergi:

1. Boracay, Filipina

Perjalanan selama dua jam menaiki kapal terbang amat berbaloi apabila anda melihat kecantikan semulajadi yang ada di Boracay ini.

Difahamkan, White Beach sesuai untuk mereka yang suka berenang kerana perairannya yang rata dan tenang. Malah, persisiran pantai yang sejauh 3 batu ini popular dalam kalangan pelancong kerana menawarkan pelbagai aktiviti, restoran tepi pantai dan hiburan malam.

2. Raja Ampat, Indonesia

Raja Ampat atau dikenali sebagai Empat Raja ini merupakan pulau yang cantik dan unik di Papua, bahagian timur Indonesia.

Pulau ini dikatakan mempunyai 75 peratus spesies karang dan hampir 1,300 spesies ikan yang berlainan. Anda juga boleh menikmati keseronokan menyelam drift dan meneroka dinding batu di bawah air.

3. Koh Rong, Cambodia

Selain itu, Kemboja turut mempunyai pulau yang sangat memukau iaitu Koh Rong. Penginapan di sini pula ala-ala kampung dan tiada jalan raya serta lampu yang terhad pada waktu malam. Mesti tenang je bila bercuti di sini!

Sumber: Oh Bulan