Kadangkala kita tak sedar telah berselisih faham dengan pasangan terutama bila sudah berkahwin dan buntu untuk mencari jalan bagi memujuk pasangan.

Jika anda tidak tahu cara untuk memujuk pasangan yang merajuk akibat perselisihan faham, anda boleh amalkan beberapa potongan ayat Al-Quran ini untuk melembutkan hati mereka:

1. Surah Yassin Ayat 36

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasang-pasangan; sama ada daripada apa yang ditumbuhkan oleh bumi, atau daripada diri mereka sendiri, ataupun daripada apa yang mereka tidak mengetahuinya”.

2. Surah Al-Hujurat Ayat 13

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)”.

3. Surah Ali-Imran Ayat 14

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)”.

Sumber: Wanista