Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, ditahan dan ditempatkan di Penjara Sungai Buloh kerana pihak mahkamah menolak permohonannya untuk diikat jamin, baru-baru ini.

thecoverage.my
Berikutan itu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, memberi beberapa pesanan untuk Jamal mengenai dirinya yang kini ditahan reman di Penjara Sungai Buloh.
Nasihat kpd Dato' Jamal dlm lokap:
1) jgn terkejut, air selalu takde. Beg plastik minuman jgn buang, itu boleh guna utk simpan air
2) jgn sedih sgt, 2-3 hari nnt bila reman habis mahkamah akan bebas
3) sebaiknya ada benda yg boleh dibaca. Buku ke. Nnt bosan
Jgn nakal2 lg
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) July 5, 2018
“Jangan terkejut, air selalu takde. Beg plastik minuman jangan buang, itu boleh guna untuk simpan air,” tulisnya di laman Twitter.
Malah, dia juga menambah seeloknya Jamal bawa buku untuk dibaca untuk menghilangkan rasa bosan ketika ditahan di sana dan meminta dirinya jangan nakal-nakal lagi.
Sebelum ini, Jamal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melarikan diri daripada jagaan pihak polis di sebuah hospital di sini, 25 Mei lepas di hadapan Majistret Muhamad Firdaus Sadina Ali.
Sumber: Astro Awani