Sebagai seorang pelancong muslim, kita lebih peka dengan destinasi yang dituju kerana mahukan kemudahan sesuai untuk menunaikan solat, mencari makanan halal dan sebagainya.

Sebuah syarikat pelancongan, Islam Halal Trip, telah bekerjasama dengan “Mastercard” mengeluarkan tinjauan mengenai Laporan Perjalanan Milenium Muslim 2017 yang mendapati terdapat beberapa faktor pengunjung memilih untuk bercuti di negara-negara kegemaran mereka antaranya ialah:

1. Jepun

shadow-bind.blogspot.co

Kita semua tahu negara Jepun dianggap sebagai destinasi wajib pergi kerana keunikan budaya, makanan dan musim.

Malah, setiap tahun bilangan pelancong muslim semakin meningkat sehingga kerajaan Jepun menyediakan kemudahan pelancongan halal seperti masjid, penginapan halal, makanan halal dan banyak lagi.

2. Australia

en.wikipedia.org

Selain itu, Australia turut menjadi pilihan pelancong muslim untuk bercuti kerana bilangan penduduk Islam di sana agak ramai. Jadi, mudah untuk pelancong mencari makanan halal di sana.

3. Thailand

tourradar.com

Negara jiran, Thailand, menjadi destinasi percutian bagi rakyat negara ini kerana dekat, murah dan banyak kemudahan untuk orang Islam. Banyak tips bercuti di negara Gajah Putih ini yang anda boleh cari di laman sosial atau menggunakan carian Google.

Sumber: Muslim Travel Bug