Antara masalah utama yang dihadapi kaum wanita ialah apabila make up ataupun peluh melekat pada tudung kesayangan. Walaupun telah dicuci berkali-kali, cela tersebut masih ada. Jawabnya, memang dibuang sahajalah tudung tersebut.

Kini, anda tak perlu risau lagi. 3 cara dibawah akan membantu untuk menanggalkan kesan make up dan peluh pada tudung anda.

1. Guna bedak talkum

theguardian.com

Ambil bedak talkum dan taburkan pada kawasan tudung yang ada kesan tompokan minyak. Kemudian biarkan sekejap dan gosok lembut dengan jari bedak yang ditabur di tudung.

Kemudian, cuci macam biasa.

2. Cuci dengan shower cream

hargaindo.com

Cuci tudung anda dengan shower cream. Kemudian tambahkan bahagian yang terkena peluh itu dengan baking soda dan berus perlahan-lahan menggunakan berus gigi.

Tudung tidak akan rosak jika menggunakan campuran di atas ini.

3. Rendam dengan air panas

homesteading.com

Gosok tudung dengan sabun mandi terlebih dahulu. Taburkan bedak supaya ia meresap kesan minyak. Kemudian rendam dalam air panas beberapa minit dan cuci macam biasa.

Gunakan salah satu cara di atas untuk menanggalkan solekan yang terkena pada tudung seperti foundation. Elakkan membasuh tudung dengan mesin basuh untuk menjaga kualiti fabrik.

Sumber: Impiana.My