Warna-warna rona lembut dan pastel menjadi gaya terkini dan diminati oleh golongan wanita tidak kira sama ada baju, seluar, kasut dan sebagainya.

Kebanyakan barangan berwarna pastel juga laris dijual bak menjual pisang goreng panas. Sebenarnya, warna-warna sebegini membuatkan wanita lebih lembut, ayu dan feminin.

Kini, beberapa jenama kasut sneakers popular dilihat sentiasa mengeluarkan koleksi baru dengan menampilkan kasut berwarna pastel seperti warna rose gold.

1. PUMA Basket Heart Embroidered Women’s

Bukan saja warna menarik, malah tali juga menarik kerana menggunakan riben lembut rona senada dan di bahagian tepi pula mempunyai corak sulaman bunga timbul. Mahu beli? Anda boleh klik di sini.

2. Lacoste Straightset Women’s

Selain itu, jenama Lacoste pula mengeluarkan kasut diperbuat daripada kulit yang cantik iaitu Lacoste Straightset Women’s. Logo buaya di bahagian tepi kasut turut berwarna rose gold. Anda boleh beli di sini.

3. New Balance 373 Women’s

Tidak mahu ketinggalan, New Balance turut mengeluarkan warna lebih kurang tetapi lebih cerah seakan-akan peach untuk wanita di luar sana. Cantik! Anda boleh lihat dan beli di sini.