Fashion Valet merupakan salah satu daripada platform e-dagang fesyen Asia Tenggara yang semakin terkenal dari tahun ke tahun. Tak hairan la jika mereka mampu membuka beberapa cawangan di negara jiran seperti Brunei dan Singapura.

Walaupun harga barangan dijual di Fashion Valet agak mahal kerana jenama yang ada juga bukan calang-calang orangnya, anda masih boleh berbelanja dengan jimat jika pandai mencari.

Berikut kami kongsikan tiga jenis tudung berharga tidak lebih daripada RM30 yang anda boleh beli di Fashion Valet.

1. INSTANT SOFEA SHAWL

Tudung instant jenis selendang berwarna ‘Stone’ ini berharga RM27.50 sahaja dan sesuai untuk para muslimah yang mahu mencari tudung labuh dan bergaya. Anda boleh beli di sini.

2. INSTANT ZAHRA SQUARE SCARF

Selain itu, jika anda suka memakai tudung bawal, jangan lepaskan peluang memiliki tudung bawal cantik berwarna ‘Frosted Nude’ ini di sini. Harganya pula hanyalah RM24.50.

3. AYNA 2.0 HIBISCUS SHAWL

Jika anda sukakan corak di tudung anda, pastinya selendang bercorak bunga raya ini menjadi kegemaran anda kerana ia nampak kemas dan ringkas. Malah, harganya tidaklah mahal iaitu RM27.50 sehelai. Anda boleh dapatkannya di sini.