Kini semakin ramai yang mengambil perhatian terhadap produk semulajadi untuk rawatan muka jika ada masalah kulit.

Berikutan itu, kami kongsikan beberapa jenis masker DIY ringkas menggunakan bahan semulajadi untuk anda amalkan dan buat sendiri di rumah:

1. Hirisan timun

Hanya menggunakan timun, anda hanya perlu potong nipis-nipis dan letakkannya di muka sebelum tidur dan biarkannya sehingga esok pagi.

Timun ini membantu jika anda mahu rawatan segera untuk kulit kerana muka anda akan berasa sejuk dan segar selepas menggunakannya. Malah, ia juga membantu mereka yang mempunyai masalah sembab dan lingkaran gelap bawah mata.

2. Kunyit lemon

Serbuk kunit dan lemon digunakan untuk menghilangkan bekas jerawat di samping meratakan tona kulit anda. Hanya perlu menggunakan:
2 sudu serbuk kunyit
1 biji lemon

Perah lemon untuk mendapatkan jus dan campurkan dengan serbuk kunyit. Kemudian, gaul rata dan sapukan di muka anda. Biarkan selama 20 minit dan bilas bersih. Anda akan nampak perubahannya hanya selepas beberapa hari sahaja. Cepatnya!

3. Masker naga

Masker jenis ini mampu membuatkan anda awet muda dan kelihatan seperti budak remaja. Wah gitu. Ia juga memberikan rasa sejuk apabila anda pakai.

Bahan
1/4 isi buah naga

Cara-cara
– Lenyek dengan garpu sampai hancur isinya.
– Cuci muka dan cuci tangan dengan bersih.
– Tepek pelan pelan ke kulit muka guna jari. Nak guna sarung tangan pun boleh ya.
– Biarkan 1 JAM sampai air jus buah ni kering. Air tersebut diserap oleh kulit muka.
– Cuci bersih muka dengan air suam (untuk kulit berminyak) atau air sejuk (untuk kecilkan liang roma).

Sumber: Fb Ema Tunz