Boleh dikatakan hampir setiap minggu kita menghadiri majlis perkahwinan sejak kebelakangan ini kerana ramai pasangan mengambil keputusan untuk menjadi raja sehari pada hujung tahun 2018.

Kebanyakan pasangan Melayu yang berkahwin akan memberi hantaran kepada pasangan masing-masing dan ramai pasangan akan mengalami kesukaran untuk memilih barangan sesuai diletakkan di atas dulang hantaran terutama makanan.

Jika anda mahukan kelainan, anda boleh cuba letakkan makanan jenis lain yang lebih menarik selain kek, coklat, buah-buahan, cupcakes dan sebagainya.

1. Swiss Roll Batik

Twitter

Nak letak kek tapi mahukan kelainan? Anda boleh jadikan swiss roll batik ini sebagai hantaran kerana corak batik di atas kek tersebut kelihatan menarik selain ia lebih mudah untuk dibawa berbanding kek biasa.

2. Puding Raja

Blogspot

Jarang sekali kita melihat pasangan pengantin memberi puding raja sebagai hantaran kerana kita sedia maklum bukan senang untuk membuatnya. Apa salahnya beri makanan istimewa di hari bahagia anda, barulah pasangan anda rasa special.

3. Madu Bersarang

Pinterest

Selain itu, jika anda mahu hantaran berkonsep sedikit Islamik, anda boleh letak madu sebagai hantaran. Ini kerana madu merupakan salah satu makanan sunnah Rasulullah SAW.

Sumber: Wanista