Borneo Ant House atau Rumah Semut yang terletak di daerah Tuaran, Kota Kinabalu merupakan rumah semut pertama dan terbesar di Malaysia.

Rumah semut yang diusahakan oleh pasangan Tarmizi Sandhu dan Sufiah Abdul Rahim Lee ini menawarkan peluang kepada pengunjung untuk mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan semut serta kumpulan-kumpulan etnik yang terdapat di Sabah.

Berikut adalah 3 galeri di Rumah Semut:

1. Galeri Arca Semut

Galeri bawah tanah dibahagikan kepada empat bilik. Sebelum memasuki “sarang”, pelawat akan disambut oleh replika semut gergasi di pintu masuk utama yang membawa ke bilik yang penuh dengan semut “merangkak” di dinding.

Setiap semut dihias dengan patung buatan tangan (tidak dibentuk) membuatkan pengunjung berasa teruja.

2. Galeri Kumpulan-Kumpulan Etnik

Kenali beberapa kumpulan etnik Borneo Malaysia seperti kaum Bajau, Kadazan Dusun, Iban dan Bidayuh.
Setiap kumpulan mempunyai pakaian tradisional, perhiasan, bahasa, undang-undang tradisional dan perayaan mereka sendiri.

3. Galeri Sword

Tahukah anda bahawa Borneo mempunyai pedang klasik dari pelbagai kaum? Ia juga mempunyai ciri-ciri unik yang mencerminkan rakyat Borneo itu sendiri!

Pedang bukan sahaja senjata, tetapi simbol kuasa besar, digunakan selama berabad-abad sebagai persembahan, dalam upacara, untuk pertabalan, dan sebagai barang berharga untuk perdagangan.

Sumber: mStar, Borneo Ant House