Tak lama lagi kita akan mendapat beberapa hari cuti umum pada hujung bulan ini dan pada bulan depan. Pastinya ramai sudah membuat rancangan untuk bercuti bersama rakan-rakan atau keluarga pada cuti tersebut.

Jika anda mahu berehat di luar kota dan jauh dari hiruk pikuk bandar, apa kata anda ke tiga destinasi di bawah ini:

1. Awanmulan, Kampung Jelebu

Bukan saja dapat menikmati pemandangan yang indah, anda dapat bermandi-manda dengan dua buah kolam renang yang disediakan! Bayangkan jika dapat melihat matahari terbenam sambil berendam dalam kolam renang. Syoknya!

Alamat: Kampung Jelebu, Seremban
Harga: Dari RM 400 satu malam

2. Farm Ville Cafe Homestay, Sekinchan Container Hotel

Jika anda mahu menikmati pengalaman baru, apa kata anda bermalam di Sekinchan Container Hotel. Buka pintu je dah nampak sawah padi terbentang luas.

Alamat: 11304, Jalan Tepi Sawah, Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor
Harga: Dari RM98 satu malam

3. Enderong Resort Tanarimba, Janda Baik

Sukakan privasi? Anda boleh bercuti di resort ini yang menenangkan selain dapat menghirup udara segar. Selain itu, anda boleh jungle trekking bersama rakan jika anda sukakan aktiviti luar.

Alamat: Persiaran Enderong Jalan Tanarimba Pine, Tanarimba Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Harga: Dari RM370 satu malam

Sumber: Oh Bulan