Mesti kanak-kanak paling gembira apabila perayaan Hari Raya Aidilfitri tiba kerana golongan ini sering mendapat duit raya daripada sanak saudara yang berkunjung ke rumah.

Namun, berbeza pada tahun ini apabila kita beraya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB). Kanak-kanak pasti lebih menghargai duit raya yang diterima kerana sedar tahun ini mereka tidak dapat beraya seperti tahun lepas.

Oleh itu, kami kongsi tiga cara mudah untuk anda uruskan duit raya anak dengan betul:

Asingkan duit

via GIPHY

Asingkan duit raya bagi setiap anak anda agar tidak bercampur kerana ia dapat memastikan setiap anak mendapat jumlah duit raya yang sama.

Tabung khas

via GIPHY

Buat satu tabung khas duit raya supaya kita dapat memupuk semangat menabung dalam diri anak-anak kita. Lebih elok jika ia bermula sejak dari kecil.

Simpan dalam bank

via GIPHY

Simpan duit raya anak-anak ke dalam bank yang memberi pulangan baik setiap tahun seperti Tabung Haji, akaun SSPN dan banyak lagi.

Seeloknya simpan duit raya yang diterima anak-anak kita untuk masa depan mereka. Sekurang-kurangnya mereka ada simpanan sendiri apabila dewasa nanti.

Sumber: Hijabista