Seluar palazzo menjadi seluar pilihan ramai golongan perempuan kerana ia amat selesa dipakai, tidak ketat, ringan dan sesuai dengan semua gaya baju.

Mungkin ramai yang tidak tahu, palazzo sebenarnya boleh membuatkan anda tampak bergaya dan elegan dalam masa yang sama. Mahu tahu caranya? Jom baca!

Pakai bersama jaket bercorak

Seluar palazzo dipadankan dengan jaket besar bercorak akan membuatkan si pemakai nampak formal dan elegan. Bukan itu saja, anda juga akan kelihatan lebih sopan. Tetapi, jangan pilih corak yang terlalu sarat untuk mengelakkan anda kelihatan pelik.

Pakai bersama baju tidak melebihi lutut

Jika anda mahu kelihatan kasual, anda boleh padankan palazzo dengan baju tidak melebihi lutut dan tidak terlalu longgar. Malah, anda juga boleh menambah jaket plain untuk kelihatan lebih bergaya.

Pakai palazzo jenis jeans, kapas atau crepe

Pemilihan bahan seluar palazzo amat penting agar si pemakai berasa selesa. Fabrik jenis crepe, kapas dan jeans tidak menonjolkan susuk tubuh badan anda selain tidak mudah berkedut.

Sumber: Hijabista