Dalam musim perayaan ini, mesti ramai orang tidak mahu ketinggalan meneruskan tradisi lama iaitu memberi duit raya kepada kanak-kanak.

Walaupun kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB), namun ia bukan penghalang untuk kita memberi duit raya. Nak tahu caranya?

Maybank e-Duit Raya

via GIPHY

Kini memberi dan menerima duit raya dengan mudah dengan QR PAY dan MAE. Anda boleh memberi duit raya kepada mana-mana nombor telefon yang telah berdaftar dengan MAE atau imbas kod QR penerima dengan QR PAY. Kemudian, penerima akan menerima duit raya terus ke dalam akaun mereka. Senang kan? Tak perlu ingat nombor akaun bank pun. Hehe

RHB e-Duit Raya

via GIPHY

Dengan RHB pula, anda ada pilihan sama ada mengisi nombor telefon penerima atau ID akaun Facebook atau alamat emel. Untuk pengetahuan anda, RHB e-Duit Raya hanya available semasa dalam perayaan Hari Raya sahaja.

GrabPay e-Duit Raya

via GIPHY

Selain itu, anda boleh beri duit raya melalui aplikasi Grab iaitu GrabPay. Dengan aplikasi ini juga anda boleh memilih untuk mengisi nombor telefon penerima atau imbas kod QR atau guna pautan yang dihantar oleh penerima.

Bukan itu saja, anda akan mendapat 50 Mata Ganjaran GrabRewards dikreditkan secara automatik ke dalam akaun anda.

Nampaknya, kita tiada alasan la untuk tak bagi duit raya kepada anak saudara tahun ni. 😛