Menjadi seorang wanita Muslimah tidak seharusnya membataskan anda daripada menjadi aktif dan travel ke negara orang.

Ramai menyangka wanita Muslimah atau golongan hijabis sukar untuk travel kerana mereka gemar bawa banyak barang apabila bercuti.

Tidak semestinya golongan hijabis perlu membawa banyak barang kerana mereka sebenarnya hanya perlu membawa barangan penting sahaja seperti:

1. Kelengkapan solat

Tidak kira di mana saja kita berada, kita harus mengerjakan solat kerana ia merupakan tuntutan agama. Kelengkapan solat yang mudah dibawa dan boleh dilipat hingga menjadi saiz kecil wajib ada dalam beg tangan anda.

2. Hijab/tudung

Tudung atau hijab amat penting untuk hijabis. Namun, jangan pula anda membawa semua jenis hijab yang ada dalam almari. Cukup dengan membawa satu atau dua helai hijab sahaja.

3. Vitamin

Selain kelihatan cantik dan wangi, kesihatan juga amat penting kerana anda melawat negara yang mempunyai musim atau suhu berbeza hingga dan boleh menyebabkan badan anda mudah terkena demam. Seeloknya anda membawa vitamin yang penting semasa travel.

Sumber: Inspirasi Pagi