Apabila tengah bulan macam ini pastinya kita mencari barang-barang yang mempunyai sale dan jika ia berbaloi, apa salahnya berbelanja sedikit untuk diri sendiri sebagai self reward atau membeli hadiah untuk orang tersayang.

Jika anda seorang pengumpul kasut sneakers dan meminati pakaian sukan, jangan lepaskan peluang jualan murah di laman web JD Sports Malaysia.

1. PUMA Tsugi Netfit

Diberi nama Jepun yang bermaksud “next”, kasut PUMA Tsugi Netfit ini amat ringan dan sesuai dipakai untuk aktiviti luar. Harga selepas diskaun ialah RM250 sahaja. Anda boleh membeli di sini.

2. VANS UA OLD SKOOL DX

Tak dinafikan peminat jenama kasut VANS ini memang sangat ramai dan anda boleh lihat berapa ramai anak muda zaman sekarang memakai kasut jenama ini di bandar-bandar besar. Harga VANS UA OLD SKOOL DX hanyalah RM220 selepas diskaun dan anda boleh dapatkannya di sini.

3. NIKE Element Half Zip Top

Buat wanita yang mementingkan fitness, anda pasti sukar mencari baju yang sesuai seperti berlengan panjang dan tidak terlalu ketat untuk melakukan aktiviti senaman. NIKE Element Half Zip Top adalah pakaian yang sesuai untuk wanita berhijab dan harganya ialah RM120 sahaja. Anda boleh membelinya di sini.