Apa yang lebih menggembirakan selain dapat kejutan daripada pasangan anda kerana mereka menghargai segala pengorbanan dilakukan oleh anda.

Seorang pengguna Facebook, Dahlia Suhaida MokMontok, membuat kejutan untuk suaminya yang telah setia bersamanya selama 21 tahun dengan motosikalnya, EX5.

Setahun sebelum dating tahun 1996 awak dah beli moto Ex5 tu. Tahun 1997 kita dating masa tu saya baru tingkatan 3, aduhai Awai betoi merhela berdating dah. Umur 19 tahun dah kawin , sampai sekarang 5 tahun bercinta 16 tahun in married life alhamdulillah awak setia dengan Ex5 tu dan saya.

Dahlia bersyukur dan berterima kasih terhadap suaminya, Faizul, kerana menjadi suami dan ayah terhebat untuknya dan anak-anaknya.

Dia menghadiahkan sebuah motosikal baru untuknya bagi menggantikan motor lama kerana dia tahu suaminya gemar membawa motosikal berbanding kereta.

Tq jugak kat Yana Ilyana Rashid n kedai moto el Chong taman seruling emas jadi tok dalang surprise tadi . Mudah sungguh berurusan tak payah p kedai semua berurusan melalui wasap ja. Ada moto depa roger p amik ja. Moto ni memang hot sale berjanggut tunggu oder berbulan bulan tak dak last dapat hat ni.

Sumber: Fb Dahlia Suhaida MokMontok