Petronas Dagangan Bhd. (PDB) telah mengesahkan bahawa terdapat 20 kenderaan rosak selepas mengisi petrol di stesen Petronas Solaris Besraya pagi tadi.

Menurut anak syarikat Petronas itu, pernilaian awal menunjukkan salah cara pengurusan produk telah menyebabkan 20 kenderaan tersebut rosak selepas mengepam petrol. Turut ditegaskan, kejadian tersebut hanya berlaku di stesen Petronas Solaris Besraya sahaja.

Gambar: Siakap Keli

Salah seorang mangsa memberitahu bahawa enjin keretanya mati secara tiba-tiba selepas mengisi minyak di stesen berkenaan.

“Kami memberi jaminan stesen-stesen Petronas yang lain tidak terjejas dan kami mengambil tanggung jawab penuh di atas insiden ini.

“Kami mengambil serius perkara ini dan dengan ikhlas memohon maaf kepada semua pelanggan di atas insiden ini.

“Kami telah pun menghubungi pelanggan-pelanggan yang terjejas dan telah mengambil langkah-langkah perlu serta akan membayar ganti rugi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Gambar: SAYS

Sumber: Malaysian Gazette