Rakaman video yang menjadi tular di media sosial menunjukkan misil kedua dipintas dan dimusnahkan di ruang udara Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah, semalam.

Gambar sekadar hiasan

Walau bagaimanapun, Pertahanan Udara Diraja Arab Saudi berjaya memintas dan memusnahkan dua misil yang didakwa dilancarkan oleh pemberontak Houthi.

Menurut Jurucakap tentera Gabungan Arab, mereka memberitahu misil tersebut dilancarkan menuju ke Mekah dan Jeddah.

“Ia dimusnahkan di ruang udara Taif dan serpihan projektil pertama jatuh di Wadi Jalil, sebuah lembah luas menuju ke Mekah,” ujarnya.

Difahamkan, ia bukan kejadian pertama kerana pemberontak Houthi didakwa pernah melancarkan misil menyasarkan Mekah pada Julai 2017.

Insiden itu berlaku selepas Riyadh memberi amaran terhadap serangan dron yang menyasarkan stesen pam saluran paip minyak di bandar Dawadmi dan Afif yang memindahkan minyak ke pelabuhan Yanbu dan ke seluruh dunia pada 14 Mei lalu.

Sumber: Astro Awani