Biasanya jika ada musim cuti sekolah, ibu bapa pasti sudah merancang untuk membawa anak-anak pergi bercuti.

Jika anda mahu bercuti ke Vietnam, seorang pengguna Facebook, Nur Aliah Mohd Nor berkongsi tips dan pengalaman melancong kepada mereka yang sudah merancang mahu ke sana.

expedia.com

1. Tak perlu tukar matawang

Tak perlu tukar duit RM kepada Dong sebab sekarang ni di Vietnam 99% boleh terima duit dalam Ringgit Malaysia.

2. Jangan pakai barang kemas

Tinggalkan segala barang kemas anda sebab bila penjual lihat pakai barang kemas, kemungkinan 90% penjual akan naikkan harga barang.

3. Berhati-hati dengan penyeluk saku

Pickpocket di sini lebih dasyat dari yang biasa. Jadi pastikan beg sandang belakang di pindahkan ke depan untuk langkah berjaga-jaga.

4. Elakkan dari menaiki beca

Elakkan naik beca, sebab waktu naik diberikan harga lain, bila turun dicaj mahal hingga ratusan ringgit.

5. Jangan naik teksi motor tidak berdaftar

Elakkan naik teksi motor yang tak berdaftar sebab cajnya agak mahal.

6. Berhati-hati ketika membeli-belah

Berhati-hati ketika membeli-belah di Pasar Ben Thanh sebab penjual rata-rata agak kasar lagi-lagi kalau kita saja-saja pegang barang yang mereka jual.

7. Saiz baju mudah ditipu

Kebanyakkan baju size XXL akan dapat size XL tanpa anda sedar sebab kalau tak ada stock mereka akan buat-buat pergi ambil stock semata-mata untuk jahit 1 lagi X bagi jadi XXL.

8. Barang display lebih elok

Biasa barang display atas meja lebih berkualiti dari barang yang penjual ambil di bawah meja.

9. Elak tukar duit Ringgit depan peniaga

Semasa bayar elakkan convert Dong ke RM atau RM ke Dong di depan kaunter sebab penjual akan caj mahal tanpa kita sedar.

10. Barang sudah dibeli tak boleh ditukar

Hati-hati sebelum beli barang sebab kalau nak minta tukar mereka akan kata “cannot exchange and no refund money.”

11. Jangan makan kacang rebus

Bila ada penjual offer untuk rasa kacang rebus, elakkan ambil dan makan. Sebab penjual akan terus bungkus 1 atau 2 pot paksa beli dan dicaj dengan harga yang mahal.

12. Jangan minum minuman berais tepi jalan

Elakkan beli air yang ada ais di tepi jalan sebab ais kat sini sangat bahaya. Kesannya boleh sampai batuk, sakit tekak dan suara jadi serak-serak.

13. Elakkan pergi hospital

Elakkan pergi ke hospital sebab biasa untuk set appointment dengan doktor je akan di caj sehingga 500 usd!

14. Jika ada masalah terus bagitahu pemandu pelancong

Kalau ada apa-apa masalah terus refer pada Tour Guide yang bawa anda bersiar-siar di Vietnam.

15. Minta diskaun 50%

Bila nak beli cuba minta kurang hingga 50% dari harga tawaran. Kalau penjual tak bagi tinggalkan tempat tu, sebab 70% penjual biasa akan panggil semula untuk bagi terus harga yang anda dah minta kurang tadi.

Sumber: FB Nur Aliah Mohd Nor