Menurut kenyataan daripada pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mereka bersetuju cara penetapan tarikh Hari Raya Puasa berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Tarikh bagi melihat anak bulan Syawal ialah pada petang Khamis 14 Jun iaitu bersamaan 29 Ramadan 1439 Hijrah.

Selain itu, terdapat 29 lokasi dikesan yang dijadikan sebagai tempat melihat anak bulan iaitu di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Negeri Sembilan; Bukit Melawati di Kuala Selangor, Bukit Jugra di Banting, Balai Cerap Sabak Bernam, Selangor dan banyak lagi.

Difahamkan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan Hari Raya Aidilfitri pada malam Khamis tersebut melalui radio dan televisyen.

Sumber: mStar