Sejak kebelakangan ini kelihatan YM Che Puan Sarimah Ibrahim semakin muda dan berseri seperti anak muda walaupun sudah berusia 39 tahun. Apakah rahsianya? Nampaknya Che Puan Sarimah tak lokek berkongsi 13 tips ‘awet muda’ yang diamalkannya dengan semua orang.
1. Skin food
Sarimah seorang yang tidak mengabaikan waktu makan dan mengambil vitamin D, Zink dan sukakan pegaga kerana ia melancarkan darah.
2. Rutin cuci muka
Dia menasihati jangan terlebih cuci muka kerana nanti akan hilang natural oil yang melembap dan melindungi kulit anda.
3. Foundation
Selain itu, dia juga akan menggunakan puff atau span semasa memakai foundation di muka kerana tangan mempunyai banyak bakteria dan pernah jerawat tumbuh di muka apabila menggunakan tangan untuk memakai foundation di muka.
4. Distraction
Jika ada jerawat timbul di dahi, guna method distraction di bahagian muka lain contohnya fokus lebih solekan di bahagian mata dan mulut.
5. Detoks
Dia mengamalkan boxing, berlari di atas treadmill dan mengangkat berat untuk mengeluarkan detoks peluh dari badan.
6. Buat aktiviti gembira
Menurutnya, bila dalaman bahagia dan gembira, luaran anda pasti automatik nampak ceria.
7. Serum
Serum digunakan untuk mengecilkan pori-pori dan melembutkan kulit.
8. Mekap
Tambahnya, dia gemar menggunakan mekap yang nipis seperti memakai lipgloss, maskara dan juga eyeshadow.
9. Pelembap muka
Baginya, dia memerlukan pelembap muka yang banyak pada usianya sekarang.
10. Tidur cukup
Cuci muka dan tidur yang cukup juga membantu anda nampak ‘awet muda’.
11. Abaikan ugly people
Sarimah tidak akan melayan mereka yang mempunyai personaliti yang hodoh.
12. Sentiasa jaga kesihatan
Lakukan pemeriksaan kesihatan tak kira anda kurus atau gemuk.
13. Amalkan jalan 5 juta langkah setahun
Menurutnya, dia akan berjalan sebanyak 13,000 langkah sehari.
Sumber: Cari