Berikutan insiden pencemaran pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Khamis lepas, sebanyak 13 buah sekolah ditutup bermula hari ini(13 Mac).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor Dr Sahruddin Jamal, memberi kenyataan bahawa sekolah-sekolah berhampiran Pasir Gudang akan ditutup sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan.

Sekolah-sekolah yang terlibat ialah SK Taman Pasir Putih, SMK Taman Pasir Putih, SK Pasir Putih, SK Tanjung Puteri Resort, SMK Tanjung Puteri Resort, SK Kota Masai 2, SMK Kota Masai 2, SK Kota Masai 3, SMK Kota Masai, SK Kota Masai, SK Perigi Acheh, Sekolah Agama Kampung Pasir Putih dan Sekolah Agama Taman Pasir Putih.

Selain itu, satu Jawatankuasa Kerja juga telah diaktifkan untuk menangani kejadian pembuangan sisa bahan kimia di sungai berkenaan.

utusan.com.my

“Mesyuarat bersetuju untuk melantik kontraktor yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan di Sungai Kim Kim sepanjang 1.5 km yang akan di selaraskan oleh pihak Jabatan Pengairan & Saliran dan Jabatan Alam Sekitar Negeri,” ujarnya.

“Ini adalah lanjutan daripada kerja-kerja pembersihan yang telah dilakukan pada 7 dan 8 Mac 2019,” jelasnya.

Menurutnya, pengaktifan jawatankuasa yang dibuat melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, itu bertujuan untuk menyelaraskan dan memantau kejadian tumpahan bahan kimia yang berlaku pada

Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan segera mendapatkan rawatan jika terdapat gejala-gejala seperti sakit dada, pedih mata dan sesak nafas.

Sumber: Astro Awani