Bulan Ramadan merupakan bulan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam telah pun tiba. Buah kurma dengan bulan penuh keberkatan ini sering dikaitkan bersama.

Kita sedia maklum bahawa buah kurma mempunyai banyak khasiat dan kerana itu, banyak resepi menggunakan buah tersebut di laman sosial.

Amat penting bagi umat Islam memakan makanan berkhasiat sepanjang Ramadan agar dapat membekalkan tenaga sepanjang hari.

Terdapat 10 jenis makanan sihat yang bagus dimakan semasa berpuasa serta memberikan anda tenaga yang mencukupi sehingga waktu berbuka.

Sesuai dengan kempen “Menemani Anda” oleh Tesco, sememangnya Tesco “teman anda” sambil membeli barangan di pasaraya terkenal ini.

Anda boleh dapatkan 10 jenis makanan sihat di bawah ini di Tesco berdekatan anda. Tesco sedia membantu anda mendapatkan barangan yang dikehendaki supaya anda dapat menjalani bulan Ramadan dengan gembira bersama keluarga tersayang.

1. Anggur & Kismis

hellosehat.com

Anda mungkin mengalami masalah penghidratan di bulan Ramadan, jadi anggur dan kismis merupakan makanan yang sesuai untuk mengatasi masalah itu.

Untuk pengetahuan anda, kismis sarat dengan glukosa dan fruktosa yang mampu meningkatkan penyerapan vitamin seterusnya dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh anda.

Selain itu, anda boleh cuba resepi ringkas menggunakan kismis dalam kuih raya seperti resepi di bawah ini:

Biskut Kismis Rangup Cornflakes

Bahan
150 gram tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
¼ sudu teh garam
100 gram cornflakes (dikisar)
½ cawan kismis
150 gram mentega atau marjerin
50 gram gula aising
50 gram gula perang
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur

Cara-cara
– Ayak bersama tepung gandum, serbuk penaik dan garam di dalam mangkuk.
– Kemudian masukkan cornflakes dan kismis. Ketepikan dulu.
– Pukul mentega bersama gula aising dan gula perang sehingga sebati.
– Masukkan telur dan esen vanila. Kacau lagi.
– Kaup balikkan campuran cornflakes tadi.
– Sudukan adunan ke dalam cawan kertas.
– Bakar dalam ketuhar bersuhu 180oC selama 15-20 minit atau hingga kekuningan.
– Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan.
– Siap!

2. Barli

theasianparent.com

Jika anda gemar minum barli, anda pasti tau kebaikan barli iaitu menurunkan kolesterol dan membantu mengurangkan pembentukan darah beku (blood clot).

Malah, barli amat sesuai diminum semasa buka puasa kerana ia dapat menyejukkan badan anda selepas seharian keluar bekerja di bawah cahaya matahari.

Bagi mengelakkan daripada anda terlupa membeli barli, singgah ke Tesco hari ini untuk membeli barli dan beli makanan berkhasiat untuk seisi kelurga. Segar betul rasa dapat minum barli selepas solat Terawih kan!

3. Cendawan

beritaharian.sg

Cendawan bukan sahaja sejenis makanan yang enak, malah ia juga mempunyai pelbagai khasiat dan dikatakan menjadi penawar herba sejak zaman dulu lagi.

Walaupun sedang berpuasa, ia tidak menghalang kita untuk berdiet dan cendawan adalah salah satu makanan paling sesuai dimakan kepada mereka yang sedang berdiet semasa Ramadan kerana ia membekalkan vitamin D kepada tubuh badan kita.

Kepada golongan ibu di luar sana, anda boleh memasak sup sayur untuk juadah berbuka puasa jika tidak tahu sayur apa yang sesuai untuk dimasak. Tesco menyediakan pelbagai jenis cendawan berkualiti yang menjadi pilihan anda pada harga berbaloi. Apa tunggu lagi, jom serbu Tesco!

4. Delima

bukalapak.com

Terdapat banyak kajian membuktikan bahawa buah delima amat bagus sebagai antioksida, mengelakkan sakit jantung dan mampu menstabilkan tekanan darah.

Kandungan asid folik yang tinggi dalam buah ini mampu membekalkan tenaga dan menghilangkan keletihan yang dialami semasa berpuasa.

5. Kambing

islampos.com

Siapa kata makan daging kambing tak elok untuk kesihatan? Sebenarnya, daging kambing terutamanya daging kambing matang adalah pilihan sumber daging merah yang lebih baik berbanding daging-daging lain seperti daging lembu, ayam, biri-biri dan sebagainya.

Daging kambing merupakan sumber protein yang ideal kerana ia mengandungi semua jenis asid amino yang bagus untuk tubuh badan.

Menurut kajian Kumpulan penyelidik Sistem Kerjasama Pendidikan Lanjut Alabama, daging kambing turut mempunyai kandungan lemak tepu yang paling rendah dan tinggi dengan kandungan lemak tidak tepu yang baik untuk kesihatan.

Jadi, jangan takut untuk membeli daging kambing di Tesco untuk Hari Raya nanti dan dijadikan hidangan istimewa pada pagi raya.

6. Kurma

grid.id

Kita semua sudah tahu kebaikan buah kurma yang memberi tenaga dengan kadar segera di samping mampu menjadi penguat memori, penawar racun dan penawar pelbagai penyakit.

Kalau anda belum membeli kurma untuk berbuka puasa nanti, eloklah singgah ke Tesco untuk membeli kurma kegemaran anda sebelum masuk waktu berbuka. Kalau terperangkap dalam kesesakan jalan pun takpe, boleh berbuka dengan kurma dulu.

Tahukah anda, buah kurma mampu memberikan tenaga berpanjangan dan seterusnya menjadi pilihan orang ramai ketika bersahur?

Selain itu, jika anda tidak tahu cara membuat pencuci mulut yang sihat, kurma adalah pilihan yang tepat kerana ia berkhasiat dan mudah disediakan. Jom cuba!

Agar-agar Kurma

Bahan
1 cawan kurma (buang biji)
Agar-agar
Gula
Susu

Cara-cara
– Kisar kurma dengan air hingga lumat.
– Masak air sehingga mendidih dalam satu periuk.
– Masukkan kurma yang telah dikisar tadi ke dalam periuk yang berisi air mendidih bersama agar-agar, gula dan susu.
– Biarkan mendidih dan tuang ke dalam acuan, kemudian sejukkan di dalam peti sejuk. Siap!

7. Labu

medicalnewstoday.com

Selain kurma, Nabi Muhammad SAW juga begitu menggemari labu. Untuk pengetahuan anda, labu boleh merendahkan pengambilan kalori, mengurangkan rasa lapar selain mempunyai kandungan air yang tinggi seterusnya membuatkan badan anda sentiasa hidrasi.

Malah, labu juga sesuai dijadikan hidangan berbuka puasa yang sihat kerana ia mengandungi vitamin A yang diperlukan oleh badan.

8. Buah Zaitun

tribunnews.com

Menurut sebuah kajian, buah zaitun dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser dan sakit jantung, sejenis antioksida serta digunakan sebagai produk kecantikan sejak berkurun lamanya.

Selain itu, minyak zaitun juga bagus untuk menurunkan tekanan darah tinggi atau hipertensi. Sempena bulan Ramadan ini, apa kata anda mula menggunakan minyak zaitun dalam masakan untuk menjaga kesihatan anda. Pelbagai pilihan minyak zaitun ada di setiap Tesco menanti anda!

9. Susu

hellosehat.com

Sebenarnya, segelas susu mampu membekalkan 9 nutrisi lengkap untuk tubuh badan anda bagi mencergaskan minda, menyihatkan badan dan menguatkan tulang.

Susu juga mampu membuatkan tubuh badan anda cergas sepanjang berpuasa kerana ia mengandungi vitamin dan kalsium yang tinggi.

Disebabkan itu, orang ramai membeli susu lebih daripada biasa pada bulan Ramadan kerana mahu menjaga kesihatan terutama ketika bersahur. Cepat-cepat tambah stok susu di Tesco sebelum habis! Ramai orang suka buat susu kurma bulan puasa ni!

10. Tembikai

semuanyajdt.com

Tembikai mengandungi 92 peratus air dan lapan peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser. Malah, tembikai dikatakan memberi tenaga segera kepada tubuh badan terutama ketika berpuasa.

Di Tesco, terdapat buah-buahan segar dijual pada harga yang berpatutan. Bayangkan dapat berbuka puasa dengan jus tembikai yang manis atau makan tembikai semasa sejuk, perghh memang sejuk tekak dibuatnya!

 

Artikel ini ditaja oleh Tesco.